Perbincangan kami ( Ben,Prasad,Mustaq,Siaw dan saya) di mamak hari in sungguh menarik.Sebab kami membuat pakatan untuk bertutur dalam bahasa melayu.Tetapi sebelum satu minit berlalu, salah seorang daripada mahasiswa yang menuntut di menara gading ini telah terlanjur mengeluarkan bahasa Inggeris.Gagal..tetapi kami teruskan juga usaha kami sebagai rakyat Malaysia untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.Percakapan kami tentang mana-mana tajuk sahaja mengambil masa yang amat lama disebabkan kami terpaksa berfikir untuk mengeluarkan perkataan yang betul.Si Ah Neh di mamak juga amat lawak.Dia juga terjebak dalam percakapan kami.Cara yang betul untuk tempah ( atau 0-der seperti yang dikatakan oleh Ben ) teh o ais limau sebenarnya adalah teh o air batu limau.Akhirnya kami semua terpaksa menyerah apabila tiba masa untuk perbualan tentang pemeliharaan penyu di terengganu.Sungguh penat untuk meneruskan penjelasan itu kepada Siaw sebab dia tak faham langsung apa yang diperkatakan.Sebenarnya kami bercadang untuk menyertai rancangan Hujung Minggu Dengan Penyu yang dianjurkan oleh WWF dengan beberapa agensi yang lain.Seronoknya jikalau benar-benar dapat pergi kan?
Esok akan ada pengembaraan baru sebab kami akan berkunjung ke Seremban!Jumpa Lagi
P.S-sangat susah hendak tulis post ini.Tahap Bahasa Melayu saya kini sudah tentu tak akan lulus SPM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
eii pergi seremban pun tak ajak saya. saya mau pergi juga.
Post a Comment